SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan mempercepatkan elaun menerusi Skim Insurans Pekerjaan (SIP) bagi membantu 2,000 pekerja syarikat penerbangan Malindo Airways Sdn Bhd yang ditamatkan perkhidmatan berkuat kuasa hari ini.
Najib berkata, sebagai permulaan SIP yang dilancarkannya pada tiga tahun itu dapat membantu nasib pekerja berkenaan.
Iklan
Iklan
"Ada kawan-kawan di sini yang dalam penerbangan atau sektor pelancongan? Ya. Sektor pelancongan antara yang terjejas teruk.
"Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa saudara-saudari. Keadaan tidak dijangka pulih dalam masa terdekat dan amat susah," katanya di Facebook hari ini.
Beliau turut meminta kakitangan yang berdepan situasi tersebut memberi komen dan sudi berkongsi apa perancangan serta harapan seterusnya.
"Saya baca. Saya harap pihak kerajaan baca dan bantu juga mendapatkan pekerjaan baharu," katanya.