Klopp lega temui pengganti van Dijk

Iklan
Philips beraksi cemerlang di barisan pertahanan Liverpool ketika menentang West Ham awal pagi tadi.

KRISIS di benteng pertahanan yang dihadapi Liverpool bagaikan sudah selesai selepas Nathaniel Philips yang ditugaskan untuk mengisi posisi ditinggalkan Virgil van Dijk tampil cemerlang ketika kemenangan 2-1 ke atas West Ham United di Anfield awal pagi tadi.

Pengendalinya, Jurgen Klopp turut menyifatkan pemain berusia 23 tahun itu telah melaksanakan tugas dengan baik walaupun baru pertama kali diturunkan dalam kesebelasan utama The Reds dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Iklan
Iklan

"Dia seorang pemain yang bijak dan pandai membaca gerakan. Bagi saya bukan mudah untuk menjadinya dan turun beraksi dengan begitu baik dalam perlawanan pertama.

"Ketika pertembungan di udara, dia bagaikan gergasi. Sangat meyakinkan untuknya dalam perlawanan pertama ini.

Iklan

"Saya rasa semua orang dapat membayangkan perasaannya betapa gementarnya setelah menunggu lama. Ini adalah kisah gila.

"Dua belas pasukan dalam saingan Kejuaraan menginginkan khidmatnya pada jendela perpindahan lalu dan bagi saya jelas dia akan pergi, dan saya tidak kisah dengan perkara tersebut.

Iklan

"Namun, ia tidak menjadi kenyataan dengan beberapa sebab tertentu dan malam ini dia berada di tempat yang tepat, membantu pasukan dengan sangat baik," katanya.

Philips diturunkan dalam kesebelasan utama Liverpool selepas beberapa tonggak di bahagian pertahanan pasukan itu iaitu van Dijk, Fabinho dan Joel Matip mengalami kecederaan.

Pemain kelahiran England itu digandingkan bersama Joe Gomes di jentera pertahanan tengah, namun gawang Liverpool bocor seawal minit ke-10. Pasukan gergasi EPL itu bangkit dengan dua gol daripada Mohamed Salah dan Diego Jota untuk memastikan anfiled terus kebal daripada kekalahan.

Dalam pada itu, Klopp turut gembira dengan impak yang ditunjukkan Jota selepas pemain itu meledak gol kemenangan lima minit sebelum perlawanan berakhir.

"Dia mempunyai bakat luar biasa. Dia ada kelajuan, fizikal, teknik dan kedua-dua kakinya hidup. Dia sangat bagus berbanding saya dan ia sangat menakjubkan," katanya.