Menteri Besar Terengganu jalani pembedahan lutut

Iklan
Ahmad Samsuri Mokhtar

KUALA TERENGGANU – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selamat menjalani pembedahan lutut (ACL Reconstruction and cartilage repair) di sebuah hospital petang tadi.

Setiausaha politiknya, Muhyidin Abdul Rashid berkata, pembedahan itu dilakukan kesan kecederaan dalaman pada ligamen lutut akibat terseliuh kerana menahan badan dari jatuh semasa aktiviti riadah.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berikutan pembedahan itu pegawai perubatan menasihati Dr Ahmad Samsuri supaya berehat dan mengurangkan pergerakan fizikal yang boleh memberi kesan kepada proses penyembuhan.

"Proses penyembuhan dijangka mengambil masa sekurang-kurangnya enam minggu.

Iklan
Iklan

"Bagaimanapun, Menteri besar akan berusaha untuk meneruskan urusan pentadbiran dan mesyuarat serta menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri seperti biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.