Polis sahkan Lokman Adam ditahan

Iklan
Lokman Noor Adam

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam ditahan di sini semalam.

Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu memaklumkan Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed akan memberi kenyataan berhubung perkara itu.

Iklan
Iklan

"Pengarah JSJ akan mengeluarkan kenyataan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, hari ini.

Difahamkan, Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.

Iklan

Beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam.

"Mohon hantar peguam ke JSJT (Jabatan Siasatan Jenayah Terkelas) Bukit Aman. Saya ditahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan