Belanjawan 2021: Kerajaan perkasa sektor kesihatan, pelancongan

Iklan
Mustapa Mohamed

KUALA LUMPUR - Memperkasakan sektor kesihatan dan pelancongan negara merupakan antara agenda kerajaan dalam Belanjawan 2021, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Belanjawan yang disifatkan mencabar itu akan turut memberi perhatian dalam memastikan keperluan asas negara seperti makanan, akan sentiasa mencukupi, kata beliau pada sesi temu bual dalam program Agenda Awani yang disiarkan malam tadi.

Iklan
Iklan

"Bagi menangani isu kesihatan, sudah pasti hal-hal berkait rapat dengan Kementerian Kesihatan terutamanya berkaitan dengan anggota barisan hadapan (frontliners), harus diberi perhatian.

"Salah satu sebab kenapa kita masih belum dapat pulih adalah kerana sempadan negara masih ditutup. Ini menjejaskan ekonomi negara, maka sektor pelancongan umpamanya, perlu digerakkan semula,” katanya.

Iklan

Mustapa berkata, meskipun negara masih bergelut memerangi pandemik koronavirus (Covid-19), kerajaan tetap perlu berbelanja bagi memastikan ekonomi negara kekal stabil.

Beliau menjelaskan kerajaan mendapat saranan untuk mempertingkatkan perbelanjaan pada tahun hadapan, antaranya dalam cabang infrastruktur bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat selepas kemerosotan yang teruk akibat Covid-19.

Iklan

Tambahnya, walaupun penguncupan ekonomi pada tahun ini menyebabkan hasil kutipan kerajaan merudum dengan ketara, kerajaan terus komited untuk membantu rakyat.

Belanjawan 2021 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada Jumaat ini. -Bernama