Fenomena Halo Bulan

Iklan
Rakaman gambar fenomena halo bulan yang berjaya dirakamkan ketika tinjauan pada awal pagi hari ini. Fenomena halo adalah lingkaran cahaya seakan-akan pelangi yang mengelilingi matahari atau bulan. Ia adalah sejenis fenomena optik. Ia adalah fenomena yang lebih kerap terjadi daripada kejadian pelangi. Terdapat banyak jenis halo, tetapi kebanyakannya terjadi dari kristal ais dalam awan sirus sejuk yang terletak pada ketinggian 5–10 km di lapisan troposfera atas. - Foto Bernama