Lelaki dikhuatiri lemas ketika meranduk laut

Iklan
Pasukan penyelamat sedang menjalankan operasi mencari mangsa hari ini.

PORT DICKSON - Seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika cuba meranduk air laut yang sedang pasang dari Jeti Nelayan Kampung Sungai Sekawang ke Pulau Asam untuk memancing ikan dalam kejadian petang, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 5.18 petang.

Iklan
Iklan

"Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azri Abdullah, 25, datang ke lokasi untuk memancing pada petang kejadian dengan mengharung air ( meranduk) ke pulau tersebut.

"Bagaimana pun, saksi melihat mangsa terkapai-kapai," katanya ketika sidang akhbar di jeti nelayan Kampung Sungai Sekawang, Pasir Panjang hari ini.

Iklan
Operasi mencari dan menyelamat sejak semalam melibatkan seramai 35 pegawai dan anggota bomba termasuk 20 orang penyelam.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak semalam melibatkan seramai 35 pegawai dan anggota bomba termasuk 20 orang penyelam.

"Operasi ini membabitkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Seri Jempol, Telok Kemang dan Port Dickson dibantu oleh pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM);Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Iklan

"Setakat ini, mangsa masih belum ditemui berikutan kawasan pencarian berlumpur selain penglihatan di dasar terhad," katanya.