14 pemain galas cabaran negara

Iklan

KETUA Jurulatih Futsal Lelaki Bawah 20 (B-20) negara, Jamhuri Zainuddin menyenaraikan 14 pemain untuk Kelayakan Kejuaraan Futsal B-20 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019 di Bangkok, Thailand dari 5 hingga 9 Disember depan.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi posting terbaharu dalam laman Facebooknya memaklumkan skuad berkenaan berlepas ke Bangkok, semalam untuk sesi latihan terakhir sebelum menghadapi kejohanan berkenaan yang akan berlangsung di Stadium Tertutup Hua Mark, Bangkok.

Malaysia akan memulakan kempen kejohanan menentang Myanmar pada 5 Disember, diikuti Thailand (6 Disember) dan Indonesia (7 Disember), sebelum melengkapkan aksi pusingan awal menentang Vietnam pada 9 Disember.

Tiga pasukan teratas selepas empat perlawanan pusingan awal, akan layak ke pusingan akhir kejohanan yang bakal diadakan di Iran, tahun depan. - Bernama

SENARAI 14 PEMAIN

Aiman Fikry Ramli (Selangor)

Faezwan Ashwandie Ahmad, Iskandar Harun, Erzuan Gapar, Hafiz Ajas Japar, Zarul Fiqri Ahmad, Ikhmal Kamarulzaman (Sarawak); Ekmal Shahrin, Najmi Rosli (Melaka)

Iqhmal Najmie Ismail (Terengganu)

Zakry Asraf Roslan (Perak)

Mahadir Harahap Khairuddin (Pahang)

Syamel Johan (Johor)

Ahmad Harith Naim Mohd Nasir (Kuantan Rangers).

Iklan
Iklan