Mujahid dipanggil ke Bukit Aman

Iklan
Mujahid melambaikan tangan kepada pengamal media di hadapan Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof tampil ke Bukit Aman, di sini hari ini berhubung dakwaan mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Tan Sri Muhyidin Yasin sebagai Perdana Menteri ke-8.

Mujahid hadir bersama peguamnya ke Bukit Aman pada jam 5.35 petang.

Iklan
Iklan

Terdahulu Mujahid melalui laman Twitternya memaklumkan beliau akan memberi kerjasama kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman pada jam 5.30 petang.

"Saya akan beri kerjasama, semoga dipermudahkan segala urusan semua pihak," katanya.

Iklan

Sementara itu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan perkara itu dan memaklumkan Mujahid dipanggil untuk membantu siasatan berhubung kes yang disiasat pada Mac lalu.

"Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Hasutan 1948," katanya.

Iklan

Terdahulu, satu laporan polis dibuat ke atas Mujahid dan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berhubung kenyataan mereka mempertikaikan kuasa Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Pulau Pinang pada Mac lalu.