KUALA LUMPUR - Sebanyak 834 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan dengan dua kematian direkodkan hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagaimanapun jumlah kes pulih sepenuhnya mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu sebanyak 900 kes menjadikan kumulatif kes pulih sepenuhnya sehingga kini sebanyak 23,120 kes atau 69.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.