KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat tidak boleh dijalankan secara maya kerana tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat di samping kekangan lain, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Oleh itu katanya, pembentangan semua rang undang-undang, termasuk belanjawan harus dijalankan di Parlimen.