Pekerja kembali adakan tunjuk perasaan

Iklan
Aktivis dan pekerja menyertai perhimpunan menolak RUU Cipta Kerja di Jakarata hari ini. - Foto AFP

JAKARTA - Ribuan pekerja di Indonesia kembali mengadakan tunjuk perasaan menentang rang undang-undang (RUU) Cipta Kerja di Jakarta hari ini.

Menurut kenyataan Gabungan Kesatuan Sekerja Indonesia (KPSI), tunjuk perasaan berhampiran Istana Merdeka dan Mahkamah Perlembagaan itu disertai ribuan pekerja dari bandar di wilayah Jawa Barat dan Jawa timur yang mewakili 32 kesatuan buruh.

Iklan
Iklan

Difahamkan, perhimpunan sama diadakan di bahagian lain republik itu termasuk di Yogyakarta, Banda Aceh, Medan dan Makkasar.

Awal bulan ini, lebih 5,000 mahasiswa dari 300 universiti di seluruh Indonesia berarak ke Istana Merdeka sebagai membantah RUU Cipta Kerja yang didakwa sebagai 'ancaman serius' kepada hak pekerja.

Iklan

Undang-undang baharu tersebut yang diluluskan Parlimen didakwa sebagai kunci untuk meningkatkan daya saing ekonomi terbesar di Asia Tenggara yang terjejas teruk akibat pandemik koronavirus (Covid-19) dan bertujuan menarik pelabur asing.

Pengkritik mendakwa undang-undang baharu tersebut yang menyemak semula lebih 70 undang-undang dan peraturan sedia ada tidak melindungi hak pekerja dan melonggarkan peraturan alam sekitar. - Agensi

Iklan