Wilayah Persekutuan jadi nadi pertumbuhan negara

Iklan

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Statistik Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan anggaran penduduk Wilayah Persekutuan Putrajaya, Kuala Lumpur dan labuan pada tahun 2018 adalah seramai 1.98 juta.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2017 menunjukkan sumbangan Wilayah Persekutuan kepada ekonomi negara adalah sebanyak 13.5 peratus.

Iklan
Iklan

"Matlamat Kuala Lumpur sebagai bandaraya komersil bertaraf antarabangsa dan kosmopolitan, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan dan Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa telah menjadikan Malaysia mampu bersaing dengan negara-negara yang pesat membangun maju," katanya menerusi perutusan khas sempena hari Wilayah Persekutuan hari ini.

Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bermula tahun 1974 selepas pengisytiharan Kuala Lumpur sebagai bandaraya.

Iklan

Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya merupakan nadi yang menjana pertumbuhan di Malaysia.

Sehubungan itu, Mohamed Azmin berkata, dalam kepesatan membangunkan negara, rakyat juga harus menunaikan tanggungjawab sosial dan nilai-nilai murni terhadap komuniti setempat.

Iklan

"Hal ini bagi memastikan keharmonian dan pembangunan yang seimbang dalam masyarakat terutama mereka yang duduk di kawasan bandar.

"Sempena dengan itu, marilah kita bersama-sama merealisasikan impian dan menjadikan Wilayah Persekutuan terus berkembang pesat, mampan, setanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia," ujarnya.