Foto, borang Peraduan Sinar Harian Di Hatiku diulang siar

Iklan
Asmaliza (dua, kiri) memeriksa penyertaan Peraduan Sinar Harian Di Hatiku yang dihantar di pejabat Sinar Harian di Shah Alam. Turut serta Editor Premium Content, Zamri Rambli (dua, kanan).

SHAH ALAM - Pembaca setia akhbar nombor satu negara, Sinar Harian boleh terus menyertai Peraduan Sinar Harian Di Hatiku apabila gambar dan borang penyertaan kini kembali diulang siar sejak semalam.

Koordinator Advertorial Sinar Harian, Asmaliza Mansor berkata, sebanyak 28 keping gambar lokasi menarik di seluruh negara yang disiarkan sejak 5 Oktober lalu kini disiarkan semula untuk pusingan kedua.

Iklan
Iklan

"Foto dipecahkan kepada empat siri disiarkan semula mulai hari ini (semalam) hingga 29 November ini. Pembaca yang terlepas foto mana-mana siri boleh mengumpulkan semula gambar terlepas itu.

"Pembaca juga boleh terus menjawab dan mengumpul borang bagi pusingan kedua ini untuk menambah penyertaan dalam peraduan istimewa ini,” katanya di sini semalam.

Iklan

Menurutnya, lebih banyak borang penyertaan yang dihantar lebih tinggi peluang untuk pembaca bergelar pemenang dan membawa pulang hadiah utama iaitu wang tunai RM30,000.

"Selain hadiah utama, peraduan yang diadakan untuk menghargai pembaca Sinar Harian ini juga menawarkan pelbagai hadiah menarik lain seperti motosikal, basikal, televisyen, telefon pintar dan dron.

Iklan

"Jumlah penyertaan yang diterima bagi pusingan pertama adalah sangat luar biasa dengan penyertaan datang dari seluruh negara,” katanya.

Bagaimanapun katanya, pembaca perlu membaca dengan teliti syarat dan terma yang ditetapkan kerana ada pembaca menghantar borang penyertaan tanpa masthead Sinar Harian atau membulatkan jawapan yang salah.

"Pembaca yang mengumpul dan menjawab lima keping gambar daripada mana-mana siri boleh menghantar penyertaan selepas mengisi slogan kreatif dan mengumpulkan lima keping kepala surat Sinar Harian atau Sinar Ahad,” katanya.