KUALA LUMPUR - Seramai 12 ahli Parlimen hari ini dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang baharu.
Mereka ialah Ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) iaitu Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Sabak Bernam) dan Yamani Hafez Musa (Sipitang); Ahli Parlimen UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan (Pontian); Tan Sri Noh Omar (Tanjung Karang) dan Datuk Jalaluddin Alias (Jelebu).