Kenyataan kontroversi kitab Injil: Nik Zawawi mohon maaf

Iklan
Nik Muhammad Zawawi ketika membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini susulan kenyataan kontroversinya mengenai kitab Injil sebelum ini.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh membuat permohonan maaf secara terbuka di Dewan Rakyat hari ini susulan kenyataan kontroversinya mengenai kitab Injil sebelum ini.

Nik Muhammad Zawawi berkata, beliau tidak berniat untuk mengguris hati mana-mana pihak khususnya penganut Kristian berhubung kenyataannya mengatakan kitab Injil sudah 'dipesongkan ataupun diubah'.

Iklan
Iklan

"Saya hormati rakan-rakan yang memeluk agama yang berbagai-bagai. Namun untuk elak kekeliruan yang berlaku, suka saya sebutkan bahawa isu membabitkan kitab Injil ini bukan sahaja isu membabitkan penganut agama Kristian.

"Kami umat Islam juga beriman dengan kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Isa AS, itu adalah akidah yang kami pertahankan.

Iklan

"Saya sebut dipesong atau dipinda itu tujuan saya ialah untuk mempertahankan keaslian kitab (Injil) yang ada supaya mana-mana kitab yang diturunkan itu tidak ada sebarang perubahan," katanya.

Terdahulu, Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta Nik Muhammad Zawawi memohon maaf dan menarik balik kenyataan yang dibuat pada 26 Ogos lalu semasa perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 mengenai pemandu mabuk.

Iklan

Katanya, ia bagi memelihara keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Pada 9 September lalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata, pihaknya membuka kertas siasatan dan giat mengambil keterangan saksi berkaitan kes itu.

Sebelum ini, Nik Muhammad Zawawi menerusi perbahasan RUU Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2020 di Dewan Rakyat dipetik berkata, tidak ada agama yang membenarkan penganutnya meminum arak.