Dr Maszlee lancar program #SimpangTakLapo!

Iklan
Dr Maszlee Malik

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik melancarkan program #SimpangTakLapo! bagi membantu warga Simpang Renggam terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19) hari ini.

Beliau berkata, inisiatif projek adalah untuk memastikan tiada insan kelaparan di Simpang Renggam dengan mengedarkan 1,000 pek bekalan makanan kepada 1,000 keluarga terkesan akibat pandemik tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan segera boleh memohon menerusi pautan ini, bit.ly/simpangtaklapo.

"Keluarga miskin, ibu tunggal, keluarga dengan anak kurang upaya (OKU) malah sesiapa sahaja yang pada hari ini tidak mempunyai bekalan makanan di rumah untuk dimakan bersama keluarga, boleh memohon pek makanan dalam program #SimpangTakLapo! ini.

Iklan

"InsyaALLAH, 50 pek terawal kepada 50 pemohon yang mengisi borang boleh diambil jam 3.00 petang ini di Pejabat Parlimen Simpang Renggam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Maszlee berkata, sejak menjadi ahli Parlimen pasca 9 Mei 2018 yang lalu, salah satu beban yang dipikul olehnya hingga ke akhirat adalah beban kebajikan rakyat di Parlimen Simpang Renggam.

Iklan

Menurutnya, apa yang terjadi telah terjadi, dan apa yang berlaku akan tetap berlaku.

"Walau bagaimanapun saya tetap percaya bahawa apa juga yang berlaku, tidak seharusnya seorang pun rakyat di Simpang Renggam harus berlapar dalam keadaan hari ini.

"Atas semangat dan kesedaran tersebut saya hadir untuk menawarkan peluang kepada mereka yang sangat terkesan dan sangat memerlukan.

"Sekiranya ada penduduk yang benar-benar mempunyai kekangan untuk datang mengambil pek makanan di pejabat Parlimen, boleh maklumkan kepada pegawai di Pejabat Parlimen (01139697288)," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memohon agar bantuan tersebut dapat disebarluaskan agar ia sampai kepada seluruh warga Simpang Renggam yang memerlukan.