KUALA LUMPUR - Aliran trafik menuju ke pantai timur dilaporkan sesak sepanjang 11 kilometer berikutan insiden treler terbakar dalam Terowong Genting Sempah awal pagi tadi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, insiden yang berlaku pada 1.37 pagi itu, menyebabkan laluan kontra dibuka di KM38.2 hingga KM36.9 arah barat sebelum Terowong Genting Sempah bermula pada 8.24 pagi sehingga 9.06 pagi untuk kerja-kerja mengalihkan treler itu.