Kelantan United ikrar cipta kejutan

Iklan
Nazrulerwan Makmor

KETUA Jurulatih Kelantan United (KUFC), Nazrulerwan Makmor mengakui pasukannya berdepan cabaran sukar untuk melepasi peringkat seterusnya apabila dijadualkan bertemu Perak pada pusingan pertama Piala Malaysia Sabtu ini.

Nazrulerwan berkata, di atas kertas sudah tentu Perak daripada Liga Super mempunyai kelebihan terutamanya bermain di Stadium Perak di Ipoh dan mempunyai pengalaman berbanding pasukannya.

Iklan
Iklan

"Pasukan itu pada 2018 adalah juara Piala Malaysia ia jelas menunjukkan pasukan itu bukan mudah untuk ditewaskan oleh mana-mana pasukan, ditambah dibarisi pemain yang berkualiti.

"Mereka (Perak) mempunyai misi bagi mengulangi kejayaan dua tahun lalu, sekiranya kami mudah melakukan kesilapan mungkin boleh menjadi mangsa pertama mereka pada cabaran Piala Malaysia,” katanya ketika ditemui di Kota Bharu semalam.

Iklan

Pada majlis undian semalam, KUFC berdepan tugas getir apabila bermain di tempat lawan berdepan dengan pasukan Perak, manakala satu lagi wakil negeri itu Kelantan FC diundi bertemu UiTM FC.

Bagaimanapun Nazrulerwan berkata, dalam perlawanan bola sepak banyak perkara boleh berlaku kerana pasukan yang layak ke pusingan pertama semuanya adalah pasukan terbaik di Liga Malaysia (Liga-M).

Iklan

"Justeru, saya menegaskan pemain saya akan bermain bermati-matian ketika menentang skuad The Bos Gaurus, kerana mereka sedar pihak lawan merupakan pasukan yang lengkap dari semua segi,” katanya.

Katanya, atas kertas Perak merupakan pasukan pilihan untuk memenangi perlawanan itu, berikutan pasukannya pendatang baharu yang layak menyertai saingan Piala Malaysia.

"Kami turun beraksi selaku pasukan bukan pilihan, namun saya mahu pemain bermain bermati-matian untuk cuba mencipta sesuatu yang positif dan kejutan pada perlawanan itu,” katanya. - Bernama