Jangan lambat serah bantuan makanan: Hajiji

Iklan
Hajiji menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negeri di Kota Kinabalu hari ini.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor memberi amaran keras kepada petugas di semua daerah di seluruh negeri supaya segera menyampaikan bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Beliau telah mengarahkan setiausaha negeri untuk memantau proses pengagihan dengan teliti bagi memastikan bakul makanan kerajaan negeri sampai kepada semua penerima tepat pada waktunya.

Iklan
Iklan

"Saya akan dapatkan perkembangan secara berkala untuk memastikan ia dilakukan," katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri di sini hari ini.

Mesyuarat khas itu diadakan bagi membincangkan keadaan semasa Covid-19 di Sabah dan usaha untuk membendung penularan wabak itu serta strategi dan cabaran yang dihadapi.

Iklan

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong yang hadir pada mesyuarat itu turut menyampaikan taklimat bagi memberi gambaran keseluruhan keadaan semasa Covid-19 di Sabah.

Hajiji menghadiri Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negeri di Kota Kinabalu hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji semua agensi keselamatan yang berjaya mengawal keselamatan di sempadan negeri tetapi dalam masa sama mengingatkan mereka bahawa langkah itu perlu diperketatkan lagi melalui Pasukan Petugas Op Benteng bagi memastikan tiada pencerobohan warga asing.

Iklan

"Pasukan keselamatan harus bersama memastikan semua kapal bukan konvensional dari Indonesia dan Filipina yang masuk ke perairan Malaysia," katanya.

Beliau berkata, ia adalah sebagai penghormatan kepada semua barisan hadapan atas pengorbanan mereka di mana keseluruhannya telah menguruskan wabak ini dengan baik dan mahu kerjasama ini berterusan antara pihak berkuasa negeri dan Persekutuan untuk menangani keadaan Covid-19 di Sabah.

Mengulas berhubung, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Sabah, Hajiji berkata, setakat ini 22 lokaliti di seluruh negeri telah ditempatkan di bawah PKPD bagaimanapun ia tidak dapat dielakkan dan kerajaan negeri memahami nasib banyak pihak dalam sektor perniagaan yang mengalami kerugian.

"Kami akan lihat situasi ini untuk ringankan Perintah Kawalan Pergerakan supaya perniagaan dapat dibuka semula," katanya.