MEXICO CITY - Presiden Panama Laurentino Cortizo melakukan kuarantin kendiri berikutan mempunyai kontak dengan pegawai pentadbirannya yang dijangkiti koronavirus (Covid-19), lapor agensi berita Sputnik.
"Kami memaklumkan presiden republik, Laurentino Cortizo Cohen, tidak dapat hadir secara peribadi dalam majlis pada 3 dan 4 November kerana pegawai rapat pentadbiran presiden disahkan positif Covid-19," kata pejabat presiden di Twitter.