Asyraf Wajdi tanya Gobind bila mahu hapus tol

Iklan

SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki terus membidas Kerajaan Pakatan Harapan (PH) apabila gagal untuk menunaikan janji menghapuskan tol.

Beliau secara sinis mengajukan persoalan tersebut kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang sebelum ini lantang mengkritik Kerajaan BN mengenai isu tersebut.

Iklan
Iklan

Namun selepas PH menjadi kerajaan janji menghapuskan tol masih belum dilaksanakan.

"Sempena cuti panjang Tahun Baru Cina, saya nak tanya khabar YB Menteri Gobind Singh Deo. Apa perkembangan Tol?

Iklan

"Kata dah 10 kali bangun persoal Kerajaan BN lepas. Bila Tol nak dihapuskan ya?" katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Asyraf Wajdi turut memuat naik sebuah video berdurasi 29 minit yang memaparkan Gobind begitu lantang memperjuangkan isu tol.

Iklan

Beliau mengatakan terdapat banyak lebuh raya di negara ini sehingga rakyat terpaksa mengeluarkan belanja yang tinggi bagi membayar tol namun dalam masa yang sama terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas.

Gobind turut mempersoalkan tentang perjanjian konsesi lebuh raya yang tidak adil sehingga Kerajaan BN menggunakan wang rakyat untuk membayar pampasan.

Beliau yang merupakan Ahli Parlimen Puchong itu turut mengatakan sudah 10 tahun membangkitkan isu tersebut di Parlimen namun jawapan yang sering diberikan oleh Kerajaan BN pada ketika itu hanyalah akan mengkaji semula perkara itu.

Anggota DAP itu seterusnya memohon supaya rakyat menyokong PH dan berjanji untuk mengkaji semula perjanjian konsesi dan mencari jalan untuk menurunkan atau menghapuskan tol.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi mengakhiri tulisannya dengan tangga pagar #TipahTidakRelaDitipuLagi #HapuskanTol #HarapanPalsu #JanjiDicapati #ManifestoBukanKitabSuci