Najib sudah tiada dalam kamus politik Malaysia: Mahfuz

Iklan
Dari kiri Mahfuz dan Kok Yew sempat bertanya kepada seorang peniaga, Ng Sok Moy,65 tentang kuih bulan yang dijual olehnya.

ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap sudah tidak ada dalam kamus politik Malaysia walaupun beliau seorang negarawan.

Naib Presiden Amanah, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan Ahli Parlimen Pekan itu yang menggunakan platform Facebook untuk 'troll' sebarang isu di negara ini memperlihatkan Najib sekadar menghibur dan membuatkan rakyat ketawa sahaja.

Iklan
Iklan

"Najib adalah negarawan dan bekas perdana menteri, tetapi bila beliau buat sesuatu yang membuatkan orang ketawa, terus menjadikan dirinya bahan ketawa (seperti) malu apa bossku dan sebagainya.

"Kalau orang muda yang buat oklah... tapi ini negarawan yang buat lawak, macam seolah-olah maharaja lawak pula," katanya mengulas kenyataan Najib di laman Facebooknya pada Rabu yang hairan apabila namanya sering disebut-sebut oleh menteri-menteri dari Amanah sejak beberapa hari lalu.

Iklan

Mahfuz berkata demikian selepas selepas Program Serahan Buah Limau Sempena Tahun Baharu Cina di Market Cowboy, Jalan Teluk Wanjah, dekat sini,hari ini.

Hadir sama Exco Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew dan Adun Kota Darul Aman, Teh Swee Leong.

Iklan

Mahfuz yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia berkata, beliau tidak ingin mengambil tahu hal berkaitan Najib namun akan menjawab apabila ditanya oleh wartawan.

"Sebenarnya saya tak ingin komen tentangnya... media tanya saya, saya kena jawablah. Kalau tak jawab nanti media kata saya sombong pula," katanya.

Nama Mahfuz antara dipetik Najib kerana sebelum itu Mahfuz dalam satu kenyataannya menyifatkan Najib bukan penyumbang kepada kemenangan BN di PRK Cameron Highlands.