Syarikat abai keselamatan pekerja didenda RM18,000

Iklan

JOHOR BAHRU - Sebuah syarikat pembinaan didenda RM18,000 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Johor dalam satu kenyataannya memberitahu, syarikat berkenaan didakwa di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

Iklan
Iklan

"Syarikat CL Pile Sdn. Bhd. sebagai majikan didapati gagal mengadakan penyeliaan bagi kerja mengangkat piling sehingga menyebabkan seorang pekerja maut pada 28 Jun 2019.

"Pekerja itu dilaporkan maut kerana terkena kayu yang dibuang dari ketinggian 4.4 meter," demikian menurut kenyataan itu yang dikeluarkan di sini hari ini.

Iklan

Tambah kenyataan itu, syarikat tersebut sebagai majikan membuat pengakuan bersalah sebelum hukuman denda dijatuhkan Hakim, Ahmad Fuad Othman.

Sementara itu, kes pendakwah dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP Johor, Muhammad Khairulddin Adnan.

Iklan