KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bersenjata di bandar raya Vienna, Austria pada Isnin yang mengakibatkan orang awam tidak bersalah terkorban dan cedera.
Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam serangan itu dan mendoakan mereka yang cedera segera sembuh.