KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Kluster Infrastruktur Digital dan Data.
Beliau berkata, mesyuarat bersama wakil Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan agensi berkaitan adalah bagi meneliti pembentangan inisiatif berkaitan infrastruktur digital dan data serta rangka kerja Identiti Digital Nasional.