Kebebasan bersuara bukan lesen hina agama

Iklan

KOTA Paris berdarah lagi!

Tiada sesiapa sebenarnya boleh membenarkan dan memaafkan perbuatan kejam seorang remaja berketurunan Chechen memenggal kepala seorang guru di negara itu.

Iklan
Iklan

Tetapi tragedi hitam itu mungkin tidak akan berlaku sekiranya Perancis belajar daripada sejarah.

Jika diimbas lima tahun sebelumnya, pada tahun 2015, Paris pernah berdepan dengan tragedi yang lebih dahsyat.

Iklan

Seramai 12 orang termasuk beberapa kartunis Perancis terbunuh dalam peristiwa berdarah pada 7 Januari 2015.

Semua itu berlaku kerana ketaksuban sebuah akhbar mingguan di Perancis, Charlie Hebdo yang menggunakan ‘lesen’ hak kebebasan bersuara untuk menghina Islam dengan menyiarkan karikatur mengaibkan Nabi Muhammad.

Iklan

Akhbar yang terkenal dengan karikatur satira provokasi itu hakikatnya tidak pernah menyesal dengan insiden tersebut, malah kembali menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad lagi.

Dan tragedi ketegangan agama di Perancis berulang kembali apabila seorang guru di-bunuh bulan lalu selepas mangsa menggunakan karikatur Charlie Hebdo yang menghina Nabi Muhammad di dalam kelasnya.

Hakikatnya selepas deretan insiden ketegangan agama sehingga membawa kepada pembunuhan dan rusuhan, kerajaan Perancis sewajarnya mengambil pengajaran dan bertindak tegas.

Hak kebebasan bersuara bukanlah lesen untuk bercakap apa sahaja, sebaliknya ia perlulah datang dengan tanggungjawab.

Apabila hak kebebasan bersuara dan mengekspresikan pendapat dijadikan lesen untuk menghina serta mengaibkan agama lain, sudah tentu akan menimbulkan huru-hara. Sepatutnya ada peraturan untuk mengawalnya.

Walaupun Perancis diketahui mengamalkan konsep sekular yang dipanggil laicite (pemisahan agama dan pemerintahan) dan termaktub dalam undang-undang mereka, namun ia juga bukan alasan untuk membenarkan penghinaan terhadap agama lain.