JAKARTA - Presiden Indonesia, Joko Widodo atau Jokowi semalam meluluskan undang-undang omnibus kontroversi, rang Undang-undang Cipta Kerja yang telah mencetuskan siri protes mega di negara itu pada bulan lalu kerana didakwa mengancam hak pekerja dan alam sekitar.
Dokumen undang-undang setebal 1,187 muka surat yang diluluskan Parlimen pada 5 Oktober lalu tetap akan berkuat kuasa secara automatik dalam tempoh 30 hari daripada tarikh itu walaupun tidak ditandatangani oleh beliau.
Iklan
Iklan
Bagaimanapun, tindakan Jokowi bertujuan untuk menunjukkan komitmen beliau menerusi agenda pembaharuan dijanjikan bagi penggal kedua pentadbirannya.
Undang-undang Cipta Kerja tersebut akan meminda lebih 70 peraturan, menyeragamkan prosedur untuk menarik pelabur asing, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19.
Beberapa jam sebelum beliau menandatangani dokumen tersebut, ribuan penunjuk perasaan turut berarak secara aman di Jakarta dan bandar lain termasuk Yogyakarta, Banda Aceh, Medan dan Makassar.
Wakil Kesatuan Buruh turut mengemukakan surat kepada Mahkamah Perlembagaan untuk meminta ia menyemak semula undang-undang omnibus terbabit. - Agensi
Artikel Berkaitan