[LAPORAN KHAS] SHAH ALAM - Mengakui Belanjawan 2021 bakal menjadi bajet paling mencabar berikutan krisis kesihatan Covid-19, Ketua Penganalisis Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menegaskan belanjawan tersebut perlu merangkumi suatu rangsangan ekonomi yang berterusan.
Mohd Afzanizam
"Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu ini hanya kerajaan sahaja yang boleh berbelanja dalam skala yang besar kerana pihak swasta seperti isi rumah dan para peniaga akan sentiasa berhati-hati dalam perbelanjaan mereka.