450 murai cuba diseludup ke Indonesia

Iklan
Anggota PPM menunjukkan burung murai yang dirampas ketika cuba điseludup ke Indonesia di Teluk Ramunia, Pengerang semalam.

KOTA TINGGI - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Pengerang berjaya menggagalkan cubaan menyeludup keluar burung murai ke negara jiran di perairan Teluk Ramunia, Sungai Rengit, Pengerang dekat sini semalam.

Komander PPM Wilayah Dua, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah berkata, anggotanya melakukan rondaan Op Benteng sebelum melihat sebuah bot fiber dalam keadaan mencurigakan pada jam 11.45 malam.

Iklan
Iklan

"Bot ronda tersebut berjaya memintas dan menahan bot fiber berkenaan. PPM Wilayah Dua menahan seorang lelaki warga Indonesia berusia 61 tahun.

"Kita merampas 450 ekor burung murai serta sebuah bot fiber dan sebuah enjin sangkut. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM163,408," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Iklan
Burung murai dari Malaysia menjadi kegilaan dan buruan masyarakat negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring serta mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia.

Menurutnya, tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Tektikal PPM W2 Pengerang untuk siasatan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2013 (Maqis) dan Akta Imigresen 1959/63.

"Burung murai dari Malaysia menjadi kegilaan dan buruan masyarakat negara jiran kerana fizikalnya cantik dan bersuara nyaring serta mampu mencecah ribuan ringgit di pasaran Indonesia.

Iklan

"Burung jenis ini menjadi haiwan kawalan untuk dieksport mengikut peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2013 (Maqis)," katanya.

Melalui Op Benteng itu, beliau berkata, PPM Wilayah Dua menumpukan sebarang pergerakan bot di laut bagi memastikan perairan negara terkawal daripada aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk aktiviti penyeludupan.