WASHINGTON - Keputusan terkini Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2020 menyaksikan Joe Biden meraih 238 undi elektoral mendahului pesaingnya, Presiden Donald Trump terbabit yang memperoleh 213 undi elektoral.
Keputusan itu diumumkan selepas Nebraska membahagikan undi elektoral kepada dua iaitu empat untuk Trump dan satu untuk Biden.
Setakat ini, Biden telah menguasai 18 negeri termasuk Delaware selain memperoleh kemenangan besar di California dan New York.
Difahamkan, kesemua negeri yang mencatatkan kemenangan Biden pernah dimenangi calon Demokrat, Hillary Clinton pada 2016.
Selain itu, Trump dilaporkan berjaya mengekalkan kemenangannya di 23 negeri termasuk Florida, Texas, Indiana, Kentucky, Missouri dan Ohio yang pernah dimenanginya pada 2016.
Beberapa negeri yang mempertandingkan kerusi panas termasuk Arizona, Georgia, Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin masih belum mengumumkan keputusan kiraan undi.
Kedua-dua calon perlu meraih 270 undi elektoral sebelum diisytiharkan memenangi Pilihan Raya Presiden AS 2020 tersebut. - AFP
Berikut adalah senarai dimenangi kedua-dua calon berdasarkan laporan media tempatan:
TRUMP (213)
Alabama (9)
Arkansas (6)
Florida (29)
Idaho (4)
Indiana (11)
Iowa (6)
Kansas (6)
Kentucky (8)
Louisiana (8)
Mississippi (6)
Missouri (10)
Montana (3)
Nebraska (4)*
North Dakota (3)
Ohio (18)
Oklahoma (7)
South Carolina (9)
South Dakota (3)
Tennessee (11)
Texas (38)
Utah (6)
West Virginia (5)
Wyoming (3)
------------
BIDEN (224)
California (55)
Colorado (9)
Connecticut (7)
Delaware (3)
District of Columbia (3)
Hawaii (4)
Illinois (20)
Maryland (10)
Massachusetts (11)
Minnesota (10)
Nebraska (1)*
New Hampshire (4)
New Jersey (14)
New Mexico (5)
New York (29)
Oregon (7)
Rhode Island (4)
Vermont (3)
Virginia (13)
Washington (12)
---------------------
*Nebraska membahagikan lima undi elektoral - dua daripadanya berdasarkan jumlah undi di negeri tersebut manakala tiga lagi berdasarkan daerah kongres. Biden meraih satu undi di daerah kongres kedua.