Jota sensasi baharu Liverpool

Iklan
Jota menyumbat hatrik ketika menentang Atalanta awal pagi tadi.

SENTUHAN penyerang baharu Liverpool, Diogo Jota semakin berbisa apabila melakar hatrik ketika kemenangan 5-0 ke atas Atalanta dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Gewiss awal pagi tadi.

Menurut Jota, kemampuannya menyinar bersama Liverpool juga dibantu oleh rakan sepasukan yang lain dan dia turut memberikan penghargaan kepada Mohamed Salah dan Sadio Mane.

Iklan
Iklan

"Saya bermain dengan sebuah pasukan yang hebat dalam karier saya. Saya tidak tahu sama ada ia detik terbaik saya tetapi menjaringkan gol adalah cara saya ketika bermain bola sepak. Sesuatu yang sangat bermakna untuk menang perlawanan Liga Juara-Juara.

"Mane dan Salah adalah dua pemain bertaraf dunia. Kita semua tahu kualiti mereka dan ia membuatkan kerja saya lebih mudah untuk menjaringkan gol dan secara keseluruhannya kami bermain dengan baik hari ini," kata Jota.

Iklan

Dalam perlawanan tersebut, selain hatrik daripada Jota, Salah dan Mane masing-masing turut meledakkan satu gol untuk kemenangan bergaya pasukan gergasi England itu.

Kemenangan tersebut juga menyaksikan Liverpool terus cemerlang meraih tiga kemenangan berturut-turut dan berada di kedudukan teratas dalam saingan Kumpulan D.

Iklan

Dalam pada itu, Jota turut mengakui fokusnya kini lebih terarah kepada pertembungan dengan Manchester City dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Isnin ini.

Kata Jota, ia satu lagi perlawanan sukar yang perlu dihadapi Liverpool dan mengharapkan agar pasukan terus kekal konsisten meraih kemenangan.

"Saya tidak pasti sama ada saya akan diturunkan dalam perlawanan itu nanti tetapi jika diturunkan, sudah tentu saya akan cuba membantu pasukan menjaringkan gol lagi.

"Namun, lima gol seperti pasukan menang hari ini bukanlah selalu kita perolehi dalam setiap perlawanan. Bagi saya, jika kita dapat pastikan gawang pasukan tidak bolos, maka kita ada peluang untuk menang dalam perlawanan menentang City," katanya.