SAR lelaki hilang diperluas ke Sungai Linggi

Iklan
SAR orang hilang diperluas ke Sungai Linggi. -Foto bomba

SEREMBAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri hilang selepas dipercayai dihanyutkan arus deras dalam kejadian banjir di kawasan Taman Happy, Rasah pagi tadi diperluaskan sehingga ke kawasan Sungai Linggi.

Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, skop pencarian meliputi jarak kira-kira 12 kilometer (km) dari tempat mangsa didakwa hilang.

Iklan
Iklan

"Konsep pencarian yang digunakan adalah pencarian di kawasan permukaan air di mana yang melibatkan 35 anggota bomba dan 12 anggota polis.

"Sekiranya mangsa masih lagi belum ditemukan, pihak bomba akan menggunakan khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) pada esok untuk membantu operasi pencarian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas meninjau Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi, Rantau di sini hari ini.

Iklan

Menurutnya, setakat ini, polis masih belum menerima laporan mengenai orang hilang dalam kejadian hujan lebat yang berlaku semalam.

"Berdasarkan maklumat awal yang diterima polis daripada orang awam setakat ini mangsa adalah seorang lelaki berusia sekitar 20-an dan identiti mangsa juga masih belum dikenal pasti," katanya.

Iklan

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan kejadian itu pada jam 1.45 pagi dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

"Kejadian itu berlaku selepas air sungai melimpah di kawasan kediaman penduduk di Taman Happy, Rasah di sini akibat hujan lebat sejak awal pagi tadi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.