PARIS - PERANCIS. Sebuah mahkamah di Perancis, semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke atas dua anggota polis atas kesalahan memperkosa seorang pelancong Kanada di ibu pejabat polis di ibu negara.
Nicolas Redouane, 49, dan Antoine Quirin, 40, bagaimanapun menafikan tuduhan dibuat mangsa, Emily Spanton, 39, dan menyatakan hubungan seks dilakukan tanpa paksaan.