Kes asrama pekerja kilang Bangi ada kaitan Kluster Hentian

Iklan
Dr Noor Hisham hadir pada sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Foto Bernama

PUTRAJAYA - Kes positif koronavirus (Covid-19) yang dikesan di asrama pekerja kilang elektronik di Bangi mempunyai kaitan epidemiologi dengan Kluster Hentian yang terletak empat kilometer antara satu sama lain.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes tersebut menyumbang kepada peningkatan Kluster Hentian.

Iklan
Iklan

"Kalau dilihat, hari ini ada banyak pertambahan kes bagi kluster ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta untuk pengesahan mengenai kes berkenaan yang tular di media sosial.

Iklan

Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh KKM, Kluster Hentian berada tempat teratas merekodkan kes baharu dengan 67 kes.

Ia menjadikan jumlah kes positif adalah 325 kes dengan 241 pesakit masih dirawat di hospital.

Iklan

Terdahulu, menerusi perkongsian Bangi Community di Twitter menyatakan 28 individu disahkan positif Covid-19 manakala 146 lagi masih menunggu keputusan.

Sementara itu, mengulas mengenai Kluster Dialisis yang dilaporkan hari ini, Dr Noor Hisham berkata, tiga daripada petugas kesihatan KKM antara yang positif Covid-19.

"Satu daripada mereka membuat ujian saringan sporadic.

"Virus ini sudah ada dalam komuniti," katanya.

Kluster Dialisis melibat daerah Sandakan dan Lahad Datu yang kini 19 individu disahkan positif Covid-19.