TEMERLOH - Pemegang konsesi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) dan LPT 1, Anih Berhad menafikan berlaku kejadian banjir di KM113.3 arah timur (Lanchang), Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 seperti mana yang tular di laman sosial.
Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Anih Berhad dalam satu kenyataan media hari ini memaklumkan gambar itu adalah kejadian lama.
Iklan
Iklan
Menurutnya, diharap orang ramai tidak menyebarkan gambar tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan suasana panik.
"Pengguna dinasihatkan supaya melayari laman sosial rasmi syarikat iaitu Twitter di @LPTTrafik dan Facebook Lebuhraya Pantai Timur untuk keadaan trafik terkini.
"Pengguna juga boleh menghubungi talian LPT-Line di 1700 818 700 atau 09-547 9111 untuk sebarang pertanyaan lanjut," katanya.