KONFEDERASI Hoki Malaysia (KHM) membuat keputusan mengenakan hukuman penggantungan selama 18 bulan ke atas pemilik kelab Hockademy, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin daripada sebarang aktiviti hoki berkuatkuasa serta-merta.
Dalam satu kenyataan semalam, KHM memaklumkan, Lembaga Eksekutif badan induk itu yang bermesyuarat kelmarin bersetuju dengan keputusan Jawatankuasa Disiplin KHM yang mendapati Megat Shahriman melanggar Klausa 6 Kod Tatatertib Liga Hoki Malaysia (MHL).