WASHINGTON- Calon demokrat Joe Biden hanya memerlukan enam lagi undi elektoral untuk memenangi jawatan presiden Amerika Syarikat (AS) selepas kemenangannya di Michigan, memetik unjuran Fox News lapor Agensi Sputnik.
Biden diramal memperoleh 16 undi elektoral di negeri ini selepas mendahului dengan 49.9 peratus berbanding 48.6 peratus yang diraih Presiden Donald Trump.