JELI - Perantikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Tindakan Negeri (MTNg) Kelantan disambut baik.
Ketua Cabang PKR Jeli, Mohd Rafi Hasaim berkata, pihaknya mengalu- alukan pelantikan tersebut dan menyifatkan ia pilihan yang tepat.
Iklan
Iklan
"Kita sudah melihat kejayaan Azmin mentadbir Selangor, dan kita percaya perkara yang sama akan dilakukan di Kelantan.
"Kita harap Azmin akan memainkan peranan dengan baik dalam menjadi wakil kepada rakyat di negeri ini," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.
Mohd Rafi berkata, beliau juga percaya dengan pengalaman, kepakaran dan ketokohan yang ada pada Timbalan Presiden PKR itu ia mampu memberi sesuatu yang diharapkan rakyat Kelantan.
Azmin dilantik sebagai Pengerusi MTNg Kelantan berkuatkuasa 1 Januari lalu.
MTNg diwujudkan di setiap negeri sebagai badan induk (peringkat negeri) yang bertanggungjawab memastikan keputusan Majlis Tindakan Negara (MTN) di peringkat persekutuan dilaksanakan.