WASHINGTON - Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) masih belum menemui pemenang mutlak, tetapi calon Demokrat, Joe Biden telah melakar sejarah dengan memenangi undi terbanyak yang pernah diterima calon presiden dalam Pilihan Raya AS.
Dengan lebih daripada 70 juta undi keseluruhan di semua negeri setakat ini, Biden telah mengalahkan rekod yang dilakukan Barack Obama pada tahun 2008.
Obama sebelum ini memperoleh 69,498,516 undi dalam perlumbaan jawatan Presidennya melawan Senator Republikan, John McCain.