Jangan bersekongkol dengan scammer
Iklan
Hasanuddin (tengah) menyaksikan penyerahan tugas oleh Muhammad Azlee (kiri) kepada Zakaria di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.
ALOR SETAR - Berani buat berani tanggung, itu amaran Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan kepada semua anggota dan pegawainya agar tidak bersekongkol dengan jenayah scammer.
Menurutnya, mana-mana anggota sekiranya didapati terlibat dengan kegiatan jenayah tersebut bukan sahaja akan berdepan hukuman jenayah, tetapi hukuman dalam tatacara pasukan PDRM.
Iklan
Iklan
"Tiada anggota dan pegawai polis di Kedah yang disyaki terlibat atau menjadi tali barut dengan scammer.
"Tapi andai kata ada maklumat yang menyatakan ada anggota, pegawai ataupun pegawai awam yang berada di bawah saya terlibat, berani buat berani tanggung," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Kedah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah hari ini.
Iklan
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas mengenai kegiatan scammer di Kedah sama ada terdapat anggota dan pegawainya terlibat dengan jenayah tersebut.
Hasanuddin berkata, sehingga kini masih ramai mangsa scammer yang tampil membuat laporan di balai polis.
Iklan
Terdahulu beliau menyaksikan penyerahan tugas Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Muhammad Azlee Abdullah kepada pemangkunya, Senior Asisten Komisioner, Zakaria Haron dan akan bersara wajib pada 8 November ini.
Muhammad Azlee yang bertugas selama 35 tahun berkata, beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga polis Kedah yang telah memberikan sepenuh kepercayaan kepada beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Timbalan Ketua Polis Kedah.
Pengalaman berdepan situasi cemas di tengah laut termasuk menyelamatkan beberapa mangsa tragedi bot karam baru-baru ini membuatkan Pencipta kandungan atau YouTuber dikenali sebagai Mohd Khushairi Mohd Zuki lebih menitik beratkan soal keselamatan setiap kali turun memancing, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Berkongsi pengalaman bersama rakan menyelamatkan empat nelayan warga Indonesia yang terapung selama empat hari di tengah laut berhampiran Pulau Jarak pada Rabu lalu, Mohd Khushairi berkata, mereka bernasib baik kerana dapat berpaut pada tong ikan dan botol yang diikat pada badan masing-masing.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/698041/edisi/utara/youtuber-kongsi-pengalaman-selamatkan-empat-mangsa-bot-karam