SEMPORNA - Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) berjaya diusir sehingga ke sempadan perairan negara melalui perairan Kampung Labuan Haji, Pulau Bum-Bum pada Selasa lalu.
Proses pengusiran PATI itu dilakukan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Tawau dengan kerjasama daripada pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Semporna bagi mengekang kemasukan PATI sekali gus mengawal penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.
Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Norrimi Hassan berkata, dua aset APMM digerakkan ke Jeti Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Semporna bagi membantu mengawal selia proses pengusiran PATI terbabit.
"Semua PATI berkenaan adalah tahanan dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau membabitkan 15 lelaki dan tiga wanita dewasa serta 21 kanak-kanak.
"Kesemua mereka sudah pun menjalani saringan ujian calitan dan didapati negatif Covid-19 sebelum pengusiran dibuat," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Norrimi berkata, bot yang membawa PATI berkenaan diiring sehingga ke sempadan negara dan dipastikan mereka tidak berpatah balik ke perairan negara.
"Operasi pengusiran ditamatkan kira-kira jam 11.30 pagi sebaik mereka diiring sehingga ke perairan sempadan," katanya.
Terdahulu, Norrimi berkata, APMM akan terus mempergiatkan tugas pemantauan, rondaan dan penguatkuasaan di perairan negara bagi memastikan sebarang kesalahan yang melanggar undang-undang dapat dibanteras.
"Ini adalah bagi memastikan perairan Semporna sentiasa selamat dan terkawal terutamanya ketika negara berhadapan dengan pandemik Covid-19.
"Komuniti maritim juga diminta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 supaya rantaian wabak ini dapat diputuskan dengan segera," katanya.