622,726 isi rumah terima bantuan Program Food Bank Malaysia

Iklan
Rosol Wahid

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Inisiatif Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memperkenalkan Program Food Bank Malaysia (PFBM) ternyata memberi impak besar apabila seramai 622,726 isi rumah di negara ini berjaya dibantu sehingga bulan lalu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, secara tidak langsung ia juga berjaya memanfaatkan sebanyak 2,301 metrik tan lebihan makanan dan dianggarkan sebanyak RM 11.51 juta nilai lebihan makanan berjaya diselamatkan.

Iklan
Iklan

"Selain itu, sehingga Oktober 2020, Program Food Bank Siswa pula telah berjaya membantu lebih 17,574 pelajar di 25 institut pengajian tinggi (IPT) yang telah melaksanakan program ini di seluruh Malaysia sejak ia dilancarkan pada Februari 2019.

"Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula Mac 2020 sehingga bulan Jun 2020, Program Food Bank Siswa telah pun berjaya membantu lebih 60,000 pelajar yang terkandas di 181 IPT di seluruh Malaysia," katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Iklan

Mengulas lanjut, beliau berkata, bantuan itu diberikan bagi memudahkan pelajar mendapat akses makanan dan penjagaan diri ketika berada di kampus.

Katanya, cabaran yang dihadapi ketika pelaksanaan PFBM adalah untuk mendapatkan komitmen daripada penyumbang kerana terdapat beberapa pengilang, syarikat korporat dan pasaraya yang terkesan akibat pandemik koronavirus (Covid-19).

Iklan

"Terdapat syarikat yang tidak lagi dapat memberikan komitmen di dalam pemberian sumbangan atas faktor ekonomi yang terjejas.

"Walau bagaimanapun, kementerian terus komited dalam mendapatkan organisasi penyumbang dan memastikan sumbangan mereka akan terus diberikan kepada penerima PFBM," katanya.