Bot nelayan Vietnam diusir dari perairan Kudat

Iklan
APMM mengusir bot nelayan warga Vietnam dari perairan Kudat sehingga ke garis sempadan perairan Malaysia-Filipina.

KUDAT - Sebuah bot dipercayai milik nelayan warga Vietnam diusir dan diberi amaran keras selepas dikesan menjalankan aktiviti menangkap ikan di perairan Kudat berhampiran Pulau Malawali dekat sini Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 11.30 malam itu, bot nelayan asing terbabit dikesan berada di kedudukan 4.5 batu nautika timur pulau berkenaan dalam Operasi Pluto Timur dan Operasi Kuda Laut.

Iklan
Iklan

Pengarah Zon Maritim Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, bot nelayan asing yang berwarna biru itu dikesan menjalankan aktiviti penangkapan ikan di perairan Kudat.

"Ketua Bot Ronda Maritim kemudiannya memberi amaran keras dan mengarahkan bot nelayan asing terbabit segera keluar dari perairan Kudat.

Iklan

"Bot Maritim Malaysia terus mengekori bot berkenaan sehingga keluar dari garis sempadan Malaysia–Filipina iaitu sejauh 14.4 batu nautika dari tempat awal pengesanan," katanya dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan itu selaras dengan arahan semasa berhubung menyekat penularan wabak koronavirus (Covid-19) di negeri ini.

Iklan

"APMM mengusir semua bot asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) dari perairan Kudat untuk mengekal penularan wabak Covid-19.

"Ketika ini, aset Zon Maritim Kudat sudah mempertingkatkan rondaan harian bagi menyekat pendaratan bot asing dan PATI ke Kudat," katanya.

Katanya, usaha itu dilakukan bersama pelbagai agensi kerajaan yang lain untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengurangkan penularan wabak Covid-19 kepada masyarakat tempatan.