Pakar epidemiologi mungkin silap faham: Dr Noor Hisham

Iklan
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media situasi terkini COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menyifatkan kenyataan seorang pakar epidemiologi berhubung pendekatan sedia ada bagi menentukan kategori zon merah, kuning dan hijau adalah kemungkinan silap faham.

Menurut Noor Hisham, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bukan hanya menggunakan kod warna semata-mata.

Iklan
Iklan

"Kita juga bergantung kepada penilaian risiko di mana KKM melihat kepada kadar jangkitan, kawasan, logistik dan pelbagai faktor lain yang ditentukan," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebelum diisytiharkan sebagai zon merah di Selangor, KKM telah mengimbanginya dengan kepadatan penduduk dan pergerakan yang tinggi.

Iklan

"Kita jalankan tindakan proaktif dan preaktif melalui penilaian risiko di Selangor yang mana dijangkakan kes akan meningkat.

"Jadi kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sebelum daerah-daerah negeri Selangor menjadi merah," katanya.

Iklan

Terdahulu Pakar Epidemiologi di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Universiti Malaya (UM), Profesor Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berkata, pendekatan sedia ada KKM bagi menentukan kategori zon merah, kuning dan hijau dilihat tidak menggambarkan keadaan sebenar kerana perbezaan ketara dari segi bilangan penduduk serta kemudahan kesihatan sedia ada.

Selain itu, beliau mendakwa, ia tidak menggambarkan kadar kenaikan kes atau betapa seriusnya penyakit dalam sesuatu kawasan.