Kertas undi lewat tidak perlu dikira: Trump

Iklan
TRUMP

WASHINGTON- Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam berkata setiap kertas undi yang diserahkan selepas hari pengundian 3 November tidak perlu dikira, walaupun peraturan di beberapa negeri membenarkannya.

"Sebarang undi yang sampai lewat selepas hari pengundian tidak perlu dikira!," kata Trump di Twitter, lapor agensi berita Sputnik.

Iklan
Iklan

Sejurus beberapa minit kenyataan itu dimuat naik, Twitter melabelkannya sebagai maklumat mengenai pilihan raya yang mengelirukan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasukan peguam Trump memperoleh perintah mahkamah membenarkan wakil kempen masuk ke pusat penjumlahan undi untuk memantau proses pengiraan di Philadelphia, Pennsylvania.

Iklan

Perkara itu dimaklumkan bekas Peguam Negara Florida, Pam Bondi, kepada wartawan di perkarangan Pusat Konvensyen Pennsylvania semalam.

"Kami rancang untuk masuk ke bangunan itu sekarang dan memantau proses pengiraan undi," kata Bondi, lapor agensi berita Sputnik.

Iklan

Penasihat kanan kempen Trump 2020, Corey Lewandowski, berkata mereka akan memantau dari jarak dua meter.

Pasukan peguam Trump sebelum itu memfailkan tuntutan mahkamah supaya pengiraan undi di Pennsylvania dan Michigan dihentikan sehingga mahkamah membenarkan pemerhati kempen memantau proses pengiraan.

Jurang antara Trump dan pencabarnya daripada Demokrat, Joe Biden mengecil di Philadelphia ketika beberapa daerah Pennsylvania baru mula mengira kertas undi pos.

Sementara itu, permohonan Trump untuk menghentikan pengiraan undi di Michigan ditolak oleh Hakim Mahkamah Rayuan Daerah, Cynthia Stephens.

Dalam pada itu, pengiraan semula undi di Pennsylvania disambung semula selepas dihentikan sementara semalam.

Di Nevada pula, sejumlah besar undi pos hanya dijangka sampai esok atau lusa dan pengiraan mungkin selesai menjelang 13 November. - Bernama