Taufan Eta landa Amerika Tengah, ragut 18 nyawa

Iklan
Penduduk melalui sebatang jalan yang terkesan banjir susulan air sungai melimpah akibat hujan lebat ketika Taufan Eta di Toyos, Honduras. Foto Reuters

TEGUCIGALPA- Taufan Eta membadai Amerika Tengah hingga mengorbankan sekurang-kurangnya 18 orang penduduk.

Taufan berserta hujan lebat itu mengakibatkan paras banjir meningkat di Nicaragua, Honduras dan Guatemala.

Iklan
Iklan

Ribuan penduduk dilaporkan kehilangan tempat tinggal dan berdepan risiko tanah runtuh.

Panama adalah negara terbaru turut terjejas akibat taufan Eta yang meranapkan dua rumah di wilayah Chiriqui di sempadan Costa Rica, menurut Sistem Perlindungan Kebangsaan.

Iklan

Iklan