SHAH ALAM - Keadaan banjir di Selangor semakin pulih dengan penutupan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Rendah Agama (SRA) Dengkil, Sepang malam tadi.
Pegawai Operasi Unit Pengurusan bencana Negeri (UPBN) Selangor, Muhammad Izzat Haziq Mohd Nazir ketika dihubungi hari ini berkata, PPS yang menempatkan kira-kira 24 mangsa banjir itu ditutup pada jam 9.30 malam.