Covid-19: Kluster Sutera tiada kaitan dengan resort

Iklan
Resort Sutera Harbour (SHR) tampil menjelaskan bahawa kluster baharu koronavirus (Covid-19) yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam tiada kaitan dengan resort terbabit.

KOTA KINABALU – Resort Sutera Harbour (SHR) tampil menjelaskan bahawa kluster baharu koronavirus (Covid-19) yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam tiada kaitan dengan resort terbabit.

Sebaliknya, Kluster Sutera yang dinyatakan oleh KKM adalah merujuk kepada kluster membabitkan kelompok di tapak binaan di sepanjang jalan utama Sutera Harbour.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan dikeluarkan SHR, kluster itu tiada kaitan langsung dengan resort berkenaan.

"Di SHR, kami memberi komitmen 100 peratus untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan KKM dan kami ulangi bahawa kami secara konsisten melakukan langkah ketat dalam menjaga keselamatan pelanggan dan kakitangan kami," kata kenyataan itu.

Iklan

Terdahulu, semalam Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melaporkan dua kluster baharu di Sabah termasuk Kluster Sutera dengan mencatat sebanyak 15 kes dan Kluster Ria 30 di Tuaran mencatat sebanyak sembilan kes.

Kota Kinabalu semalam mencatat sebanyak 183 kes dengan jumlah keseluruhan 564 kes di Sabah.

Iklan