Jepun sahkan pengasingan virus ASF pada sosej babi

Iklan
Perkhidmatan Kuarantin Haiwan menjalankan ujian bagi gen virus demam babi Afrika (ASF) itu pada produk babi dibawa secara haram oleh penumpang antarabangsa sejak Ogos 2018. Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR - Gen bagi virus demam babi Afrika (ASF) baru-baru ini disahkan hasil daripada satu ujian gen ke atas sosej babi yang dibawa secara haram ke Jepun oleh seorang penumpang dari Filipina.

Menurut kenyataan, ujian tersebut dijalankan Perkhidmatan Kuarantin Haiwan (AQS), Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan Jepun.

Iklan
Iklan

Virus hidup juga diasingkan daripada produk itu hasil daripada pengasingan virus dilakukan Institut Kebangsaan bagi Kesihatan Haiwan, Pertubuhan Penyelidikan Pertanian dan Makanan Kebangsaan.

Setelah seekor anjing pengesan kuarantin di lapangan terbang Haneda menemui produk daging tersebut, AQS melupuskannya sebagai produk import yang terlarang dan sebahagiannya dihantar untuk diuji.

Iklan

AQS menjalankan ujian bagi gen virus ASF itu pada produk babi dibawa secara haram oleh penumpang antarabangsa sejak Ogos 2018 dan ini adalah kes ke-89 yang didapati positif gen ASF dan menjadi kes ketiga bahawa virus ASF yang berjangkit telah diasingkan.

Produk haiwan termasuk ham, bakon, jerki, sosej dan produk daging yang diproses adalah dilarang dibawa ke Jepun tanpa mengira kuantiti, selari dengan Akta Kawalan Penyakit Berjangkit Haiwan Domestik.

Iklan

AQS akan terus memperketat pemeriksaan import bagi produk haiwan untuk mencegah kemasukan ASF melalui penumpang dan bungkusan antarabangsa dengan menggunakan anjing pengesan kuarantin di lapangan terbang antarabangsa dan pejabat pos.

Pesalah boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga 3 juta yen (100 yen = RM3.970) manakala syarikat akan didenda sehingga 50 juta yen.

Penumpang dengan produk haiwan haram juga boleh dilarang daripada memasuki Jepun. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: Tarik balik produk babi dijangkiti ASF

Thailand bunuh 200 babi bendung penularan demam babi Afrik

Ancaman H1N1: Import babi, produk dari negara berisiko dilarang